skstjr.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN ST JAMES RAYANG (M)
D/A Pejabat Pendidikan Daerah Padawan Lorong Kapor 17, Kuching Tel : -, Faks : -
e-mel : skstjr@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | PANORAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | IKRAR SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | KEPUTUSAN UPSR | KURIKULUM | HEM | KOKURIKULUM | AKTIVITI | PAUTAN | MARQUEE |

SEJARAH SEKOLAH

Staff Sk. St. James Rayang 2018

Sk. St. James Rayang yang dahulu dikenali sebagai SRB. St. James Rayang telah ditubuhkan pada tahun 1954 di bawah pengurusan Mubaligh Anglican. Dibina secara gotong royong oleh penduduk kampung dengan bahan binaan diambil dari hutan seperti anak kayu, buluh dan atap rumbia. Gurunya terdiri dari orang tempatan dan dipantau oleh seorang mubaligh Kristian.

Telah berpindah tempat sebanyak tiga kali iaitu di Gu’ Ruud dan Rabang Sirating sebelum berada di tempat yang sedia ada sekarang ini iaitu Bung Sirating.

Bangunan tetap telah siap dibina dan digunapakai pada tahun 1972 di tempat tersebut yang berstatus tanah kampung seluas lebih kurang dua hektar. Selain berfungsi sebagai sekolah, ianya juga digunakan oleh penduduk setempat yang beragama Kristian Anglican untuk mengadakan upacara sembahyang pada setiap hari Ahad pada ketika itu.

Encik Jeffry Abbas Maad merupakan Guru Besar yang pertama bermula pada tahun 1976 dan dibantu oleh seorang guru. Jumlah kelas yang dibuka pada waktu itu  hanya 3 buah.  Sehingga sekarang seramai tujuh orang Guru Besar yang menerajui sekolah ini.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Lembaga Pengurus Seolah (LPS) sekolah telah ditubuhkan sejak sekolah ini dibuka tetapi didaftarkan pada tahun 2009 sebagai usaha membantu sekolah dalam  mempertingkatkan pencapaian akademik dan kemudahan fizikal  sekolah.

Melalui PIBG pihak sekolah sedang berusaha untuk memastikan sikap sebilangan ibubapa yang masih belum mengambil berat tentang kepentingan pendidikan terhadap anak-anak mereka. Program Sarana Ibubapa dan beberapa siri perjumpaan termasuk program sekolah diharap dapat menyedarkan mereka.

LPS pula berperanan untuk pembangunan fizikal sekolah. Sejak 2009 melalui peruntukan khas oleh Kerajaan Malaysia bangunan baru dibina bagi memastikan kesemua keperluan asas dibina untuk keselesaan warga sekolah.

SENARAI NAMA GURU BESAR

BIL

TAHUN

NAMA GURU BESAR

1

1976 hingga 1991

EN. JEFFERY ABBAS ANAK  MAAD

2

1992

EN. RAZALI BIN JAMIAN (MEMANGKU)

3

1993  hingga 1994

EN. JOSAK ANAK SIAM

4

1995

EN. GEORGE LEHEM

5

1996 hingga 1997

EN. MOHD MATHIAS ABDULLAH

6

1998 hingga 2005

EN. HATTA ANAND BIN KAMAL

7

2006 hingga 2008

EN. JACOB ANAK  JOSEPH

8

2009 hingga kini

EN. RAZALI BIN JAMIAN

Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: